← Semua design

Langkah 2 · Kunci kad anda

Warkah Diraja

Kad Premium STATIONERI — bukan pemandangan, tetapi sepucuk warkah diraja. Di atas hamparan songket merah marun bertabur benang emas terletak segulung warkah perkamen gading, diikat reben songket dan dimeterai lilin merah, lengkap dengan NAMA TETAMU tertulis padanya. Apabila disentuh, meterai terungkai, gulungan terangkat dan warkah itu terbuka perlahan ke bawah — memperlihatkan jemputan di dalamnya. Beradat, bersahaja dan penuh kebesaran, seperti menerima titah yang dihulurkan ke tangan sendiri.

Kunci kad anda

Daftar & bayar sekarang — itu sahaja yang kami perlukan. Kad ini milik anda untuk digunakan bila-bila masa: selepas bayaran, anda terima pautan pengurusan peribadi untuk mengisi nama pasangan, tarikh & tempat majlis, menukar design, serta menambah gambar & akaun hadiah — bila-bila masa, seberapa kerap yang anda mahu.

RM89bayar sekali

Bayaran selamat melalui Stripe · kad / FPX

Lock in your card — Kunci kad anda | Undangan Kahwin